Wednesday 4 February 2015

JADUAL PERLAWANAN PIALA PRESIDEN & PIALA FA

PIALA PRESIDEN
6hb. Feb/Jumaat/4.00 petang
Stoneville FC lwn PSJD - Kompleks Sukan Temburong
Astavilla Veterans lwn AKSE Bersatu - Sek. Men. Awang Semaun
IKLS Veterans lwn MBS United FC - Kompleks Sukan JKR

7hb. Feb/Sabtu/8.00 malam
Manggis FC lwn MIISA United FC - Kompleks Sukan Padang & Balapan

8hb. Feb/Ahad/4.00 petang
MS PDB lwn Menengah FC - Stadium Hassanal Bolkiah, Gadong
Terazza FC lwn Sek. Men. Awang Semaun

PIALA FA - Pusingan Pertama
8hb. Feb/Ahad/4.00 petang
Rimba Star FC lwn XN FT
Wasabi FC lwn MIX FT - Sek. Men. Masin

Friday 23 January 2015

JADUAL PERLAWANAN 25HB JAN/AHAD

Setia Bakti lwn IKLS Veterans - SM Masin
Oldstock FC lwn Stoneville FC- SM Awang Semaun
MIX FT lwn Al Idrus - SM R.I.P.A.S, Tutong

Tuesday 13 January 2015

JADUAL PERLAWANAN 16HB/JUMAAT & 18HB/AHAD, JANUARI, 2015

16hb. Januari (Jumaat)/4.00 petang
Al Idrus lwn Satria Veteran - RBA
M.o.D lwn MIX FT - JKR

18hb.Januari (Ahad)/4.00 petang
RB Vet lwn BSRC Vet - RBA
Pondok 12 lwn BESA FC - SM Awang Semaun
Riwayat FC lwn Kasuka FC - SM PDSM Mentiri
MS PDB lwn Menengah FC - Stadium Hassanal Bolkiah,Gadong

Sunday 14 December 2014

MESYUARAT PENGURUS PASUKAN

Tarikh: 09hb. Jan, 2015 / Jumaat
Masa: 3.45 petang
Tempat: Restoran Harini, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas

Nota: Kepada Pengurus/Jurulatih dikehendaki membawa bersama yuran penyertaan $500, borang pendaftaran/senarai pemain dan salinan kad pintar (untuk pasukan baru dan pemain yang baru didaftarkan).

Wednesday 10 December 2014

PERATURAN AM



1.       PERATURAN KEJOHANAN
1.1   Peraturan Am
1.1.1          Setiap Pasukan/Kelab dibenarkan menyenaraikan 25 orang Pemain. Apabila kejohanan sudah bermula, tidak dibenarkan lagi menukar senarai Pemain. Tetapi hanya 20 orang Pemain disenaraikan untuk satu-satu perlawanan.
1.1.2          Kejohanan ini adalah untuk 11 orang pemain.
1.1.3          Semua Pasukan/Kelab dikehendaki menyertakan salinan kad pengenalan atau passport ketika mendaftar (hanya bagi pemain-pemain yang baru disenaraikan atau pasukan yang baru menyertai kejohanan ini) dan membawa kad pengenalan atau passport ketika perlawanan.
1.1.4          Peraturan perlawanan adalah mengikut undang-undang permainan bolasepak antarabangsa, kecuali; tiada had pemain gantian (unlimited substitution)  - pasukan boleh menukar pemain pada bila-bila masa tetapi hendaklah dimaklumkan kepada pegawai ke empat (fourth official) atau pegawas perlawanan (match inspector) terlebih dahulu dan mengikut peraturan format penggantian pemain pihak Penganjur.
1.1.5          Kejohanan ini terbuka kepada semua warganegara dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam, termasuk wargenegara asing yang berkerja di negara ini yang mempunyai kad pengenalan berwarna Hijau.
1.1.6          Masa penuh perlawanan adalah 90 minit (45 minit setiapa separuh masa) dan waktu rehat adalah 10 minit.
1.1.7          Pemberian Mata; Menang – 3, Seri – 1 dan Kalah – 0.
1.1.8          Kedudukan carta ditentukan oleh punggutan mata/M, perbezaan gol/PG, jumlah jaringan/J, jumlah kemasukan/K dan keputusan antara keduanya/’head to head’; (jika masih berlaku persamaan). Bagaimanapun, Jawatankuasa Kejohanan mempunyai hak mutlak untuk menentukan pemenang.
1.1.9          Hanya pemain yang memakai riben/armband/wristband sebagai penunjuk kategori umur dibenarkan memasuki padang.
1.1.10      Pengurus Pasukan/Kelab hendaklah memastikan setiap Pemain yang disenaraikan berada dalam tahap kesihatan yang baik dan memuaskan serta bebas dari penyakit jantung atau penyakit-penyakit kronik yang lain. Jika perlu dapatkan kepastian dari doktor peribadi pemain terlibat.
1.1.11      Setiap pasukan hendaklah menandatangan Borang Perakuan (Disclaimer and Indemnity Form) sebelum dibenarkan menyertai kejohanan ini.
1.1.12      Setiap Pasukan/Kelab hendaklah bersedia 45 minit sebelum sesuatu perlawanan bagi tujuan pemeriksaan data-data peribadi setiap pemain.
1.1.13      Match Inspector (Pengawas Perlawanan) akan menghubungi setiap pengurus pasukan untuk menentukan warna jersi masing-masing untuk mengelakkan kekeliruan di saat akhir.
1.1.14      Keputusan Jawatankuasa Kejohanan adalah muktamad.
1.2   Kategori Had Umur
1.2.1          Junior Veteran (JV) Berumur 35 hingga 39 tahun     – 1 orang.
1.2.2          Veteran (V)              Berumur 40 hingga 44 tahun     – 3 orang.
1.2.3          Masters (M)             – Berumur 45 hingga 49 tahun     – 4 orang.
1.2.4          Grand Masters (GM) – Berumur 50 tahun ke atas       – 3 orang.
1.3   Format Mengganti Pemain
1.3.1          Kategori Grand Masters        – boleh mengganti semua kategori umur.
1.3.2          Kategori Masters                 – boleh mengganti kategori Masters, Veteran dan Junior Veteran.
1.3.3          Kategori Veteran                  – boleh mengganti kategorinya dan Junior Veteran.
1.3.4          Kategori Junior Veteran        – hanya boleh mengganti kategorinya sahaja.
1.4   Pengenalan kategori pemain akan menggunakan warna riben yang dipakai oleh setiap pemain di lengan sebelah kanan masing-masing. Kategori warna adalah seperti berikut;
1.4.1          Kategori Junior Veteran        – Kuning.
1.4.2          Kategori Veteran                  – Biru.
1.4.3          Kategori Masters                 – Hijau.
1.4.4          Kategori Grand Masters        – Hitam
1.5   Piala Presiden
1.5.1          Pusingan awal akan dijalankan secara liga dalam kumpulan.
1.5.2          Pusingan kedua, suku akhir, separuh akhir dan akhir akan dijalankan secara kalah mati (knock-out).
1.5.3          Dalam pusingan kalah mati (knock-out), jika keputusan seri dalam perlawanan sepenuh masa 90 minit maka keputusan akan ditentukan melalui 5 (lima) kali tendangan penalti, dan jika masih seri, 1 (satu) kali tendangan penalti ‘suddent-death’. Pasukan/Kelab yang gagal dalam tendangan penalti ’suddent-death’ itu akan dikira kalah.
1.5.4          Hanya pemain yang tersenarai dalam perlawanan tersebut yang boleh mengambil tendangan penalti.
1.6   Piala FA
1.6.1          Perlawanan dijalankan secara kalah mati (knock-out) dari Pusingan Pertama hinggalah Perlawanan Akhir.
1.6.2          Jika keputusan seri dalam perlawanan sepenuh masa 90 minit maka keputusan akan ditentukan melalui 5 (lima) kali tendangan penalti, dan jika masih seri, 1 (satu) kali tendangan penalti ‘sudden-death’. Pasukan/Kelab yang gagal dalam tendangan penalti ’sudden-death’ itu akan dikira kalah.
1.6.3          Hanya pemain yang tersenarai dalam perlawanan tersebut yang boleh mengambil tendangan penalti.
1.7   Piala Sumbangsih
1.7.1          Perlawanan dijalankan secara kalah mati (knock-out).
1.7.2          Jika keputusan seri dalam perlawanan sepenuh masa 90 minit maka keputusan akan ditentukan melalui 5(lima) kali tendangan penalti, dan jika masih seri, 1 (satu) kali tendangan penalti ‘sudden-death’. Pasukan/Kelab yang gagal dalam tendangan penalti ’sudden-death’ itu akan dikira kalah.
1.7.3          Hanya pemain yang tersenarai dalam perlawanan tersebut yang boleh mengambil tendangan penalti.
1.8   Pegawai-Pegawai Perlawanan
1.8.1          Pengadil/Pengadil Tengah.
1.8.2          Dua (2) orang Pembantu Pengadil/Pengadil Tepi/Penjaga Garisan.
1.8.3          Pengadil Ke 4 (Fourth Official).
1.8.4          Pengawas Perlawanan (Match Inspector).
1.9   Kesalahan dan Hukuman
1.9.1          2 kad kuning/1 kad merah     – gantung 1 perlawanan.
1.9.2          ‘Straight’ Kad merah             – gantung 2 perlawanan.
1.9.3          3 kad kuning                        – gantung 1 perlawanan.
1.9.4          5 kad kuning                        – gantung 2 perlawanan.
1.9.5          2 kad merah                        – gantung 2 perlawanan.
1.9.6          3 kad merah                        – dikeluarkan dari kejohahan dan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin dan Tatatertib..